Isnin, 8 Disember 2014

Program-program terkini masjid







Mohon maaf

Assalamualaikum wbt,

Pihak admin memohon kemaafan kerana agak lama tidak mengemaskini blog masjid ini. InshaAllah admin akan lebih kerap bekerja di masa akan datang. Sama-sama kita doakan kelancarannya.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Mohon ribuan kemaafan

Ikhlas,

Admin

Khamis, 30 Mei 2013

Kempen Membaca & Membina Sudut Bacaan (Perpustakaan Mini) Nurul Huda

Kempen Membaca dan Membina Sudut Bacaan (Perpustakaan Mini) Masjid Nurul Huda.

Sumbangan diperlukan di dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan program tersebut:


Kepada:

Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,


MEMOHON SUMBANGAN BUKU DAN LAIN-LAIN UNTUK PROGRAM KEMPEN MEMBACA DAN MEMBINA SUDUT BACAAN  (PERPUSTAKAAN MINI) MASJID NURUL HUDA, KG. OLAK LEMPIT, BANTING, SELANGOR

Assalamualaikum WBT.
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.

2.   Masjid Nurul Huda, Kg. Olak Lempit akan menganjurkan proram seperti di atas bagi menarik minat membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama di kalangan ahli qariah.

3.   Sehubungan itu, kami memohon jasa baik Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik agar sudi menyumbang buku atau bahan bacaan baru/terpakai atau sebarang bentuk sumbangan (sila rujuk lampiran A) bagi menjayakan program yang dirancang.

4.   Sebarang sumbangan sila salurkan kepada wakil-wakil qariah yang dilantik seperti berikut:

      a)  Masjid Nurul Huda                   -  Encik Mohd Khairil Mt. Johari         -  019-284 4203)
      b)  Masjid Lama al-Khairat            -  Encik Abdul Rahman Marwan        -  016-383 7517)
      c)  Surau Hj. Yassin                      -  Encik Ali Mastur                              -  019-655 7530)
      d)  Surau Hj. Salleh                       -  Encik Hassan                                  -  012-667 5519)
      e)  Surau Al-Bajuri                         -  Tuan Hj. Pa’aing                             

5.   Segala kerjasama dan jasa baik Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga segala jasa baikdan usaha yang diberikan menjadi suatu amal jariah yang pahalanya berkekalan di sisi-Nya.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menjalankan amanah,

Mohd. Shariff Bin Saring @ Ali
Nazir Masjid Nurul Huda,
Kg. Olak Lempit, Banting



PROGRAM KEMPEN MEMBACA DAN MEMBINA SUDUT BACAAN (PERPUSTAKAAN MINI) MASJID NURUL HUDA, KG. OLAK LEMPIT

Lampiran A

Bentuk-bentuk sumbangan:

BIL.
BENTUK-BENTUK SUMBANGAN
TANDAKAN
 ( √ )
JUMLAH (RM)
1.0
Wang (RM):



1.1     Tunai (cash):



         a) Serahan tunai di tangan



         b) Deposit ke dalam akaun*



1.2      Cek (cheque) *



1.3      Lain-lain (Sila nyatakan):

_____________________________


2.0
Barangan/kelengkapan/peralatan:



2.1     Bahan bacaan (buku/majalah dll)



2.2     Almari buku (open shelves)



2.3     Meja bacaan (meja jepun)



2.4     Papan kenyataan (notice board)



2.5     Rak majalah/suratkhabar



2.6     Lain-lain (Sila nyatakan):

_____________________________



3.0
Lain-lain (Sila nyatakan):








Nota; *
Butiran akaun:
Masjid Nurul Huda
No akaun: 12074010035133
Bank Islam (Cawangan Banting).


Sebarang sumbangan berbentuk wang tunai atau cek sila hubungi Nazir atau Bendahari Masjid Nurul Huda, Kg. Olak Lempit



Firman Allah yang bermaksud:
 “Dan apa saja yang kamu infaqkan (sedekah), niscaya Dia (Allah) akan menggantinya.” 

(QS. Saba’: 39)           

Ceramah Israk & Mikraj 2013/1434

Ceramah Israk dan Mikraj 2013/1434

Penceramah : YBhg. Ustaz Zamri Bin Zainal Abidin
                     (Mantan Penerbit Rancangan Kanan Radio Ikim)
Tarikh         : 30/5/2013 (Khamis)
Masa          : Selepas Solat Maghrib

Program Tanyalah Ustaz

Program Tanyalah Ustaz

Penceramah : YBhg. Ustaz Dr Mohd Sukki Othman
Tajuk           : "Al-Quran Pedoman Hidup"
Tarikh          : 27/4/2013
Masa           : Selepas Solat Maghrib



Isnin, 25 Mac 2013

Program Tanyalah Ustaz

Program       : Tanyalah Ustaz
Penceramah  : YBhg. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Tajuk           : "Sejauh Mana Islam Kita?"
Tarikh          : 24/3/2013 selepas Solat Maghrib